Setiap pencarian mesti ada permulaannya. Permulaan yang menjadi titik tolak bermulanya pencarian itu. Meskipun kerap kalinya, kita jarang dapat bertemu titik tolak itu secara jelas dan terang, namun ia adalah permulaan sebuah pencarian.
Seperti juga di dalam pencarian diri, kita mesti bermula daripada satu titik mula yang jelas dan nyata. Kita tidak boleh bermula daripada satu titik yang tidak jelas kerana itu akan menyebabkan pencarian kita sukar menemui penghujungnya. Mencari diri harus bermula daripada dalam diri sendiri. Bermula dengan niat serta tujuan yang jelas dan tetap, kemudian mesti disusuli dengan istiqamah.
Cepat atau lambat bertemu penghujung pencarian itu terletak kepada bagaimana kita berusaha mencarinya. Pencarian diri tidak semudah mencari benda tersembunyi atau mencari aksara membina kata-kata. Mencari diri adalah satu proses yang panjang dan mendalam. Harus bijak menyelam dan mencari mutiara yang tersembunyi.
Justeru itu, mengenal diri amat penting sebelum pencarian diri bermula.
Justeru itu, mengenal diri amat penting sebelum pencarian diri bermula.
still in the process... hmmm
ReplyDeletedon't know when will i can find the real & truly 'me'