Pages

Oct 31, 2009

SEJAUH MANA KEBERKESANANNYA?


BULAN
Oktober telah diiktiraf sebagai bulan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan di seluruh negara. Di antara matlamatnya termasuklah untuk memantapkan, memperkukuhkan dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera kebangsaan, memperkuat kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa dan sastera kebangsaan, mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan; dan menjadikan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu asas pembinaan tamaduan bangsa dan negara.

Terlalu murni bunyinya. Jika terlaksana semua matlamat yang digariskan pastinya seluruh warga Malaysia akan menjadi bangsa yang amat menyanjung tinggi bahasanya sendiri (saya lebih gemar menyebut bahasa Melayu).

Tetapi sejauh mana keberkenasannya Bulan Bahasa Kebangsaan yang disambut itu?

Sehari selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 di Kuching, Sarawak saya entah bagaimana tertonton berita di TV. Di dalam salah satu berita yang dipaparkan, menteri bertanggung jawab sedang menjawab soalan wartawan di dalam sesi sidang akhbarnya. Pada mulanya dia menjawab dalam bahasa Melayu tetapi selang beberapa patah dia menukar menjawab di dalam bahasa Inggeris. Saya hairan apakah menteri berkenaan telah lupa bahawa sehari sebelum itu dia sendiri yang melancarkan BBK 2009?

Saya semakin merasa hairan, apakah beliau tidak merasa cinta serta megah bertutur dalam bahasa ibundanya sendiri?

Anak-anak remaja di peringkat sekolah rendah dan menengah yang menonton berita itu tentulah merasa kehairanan. Mereka akan keliru lantas akan menganggap kempen BBK itu hanyalah satu gimik yang menelan belanja sahaja tanpa meninggalkan kesan mendalam. Jika menteri sendiri begitu sikapnya, tidak hairanlah jika rakyat tidak menghormatinya.

Sedih sekali kerana dalam keghairan seluruh rakyat mula menganggap tindakan mengembalikan penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik adalah satu tindakan yang bijak, tiba-tiba kebanyakan pemimpin masih ragu-ragu menggunakan bahasa ibunda sendiri di dalam majlis-majlis bertaraf dunia.

Apa salahnya jika menteri menggunakan bahasa Melayu semasa berucap meraikan ketibaan dif-dif asing atau semasa menghadiri mesyuarat dan persidangan antara bangsa. Biarlah seluruh pemimpin dunia mendengar sendiri bahasa Melayu diucapkan para pemimpin negara semasa berada di luar negara. Biarlah kita menjadi rakyat Malaysia yang benar-benar cintakan bahasa kebangsaan kita sendiri.

Dalam konteks ini seharusnya pemimpin mendahuluinya.

__________________________________________________________________
Tiada bangsa di dunia ini yang tidak mempunyai bahasanya sendiri. Jika lenyap bahasa bererti bangsa itu juga ikut lenyap bersama. Benarkah tidak Melayu hilang di dunia jika bahasanya makin kurang digunakan.
__________________________________________________________________

Oct 26, 2009

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009

HARI INI, Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan 2009 Peringkat Negeri Kedah telah dilangsungkan bertempat di Dewan Besar, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah. Majlis yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, Menteri Besar Kedah telah dihadiri lebih kurang 500 orang jemputan dan tetamu bermula seawal jam 8.30 pagi.

Sekali imbas majlis tersebut tidak memberi sebarang makna besar kerana majlis seumpama itu sering diadakan saban tahun. Bulan Bahasa Kebangsaan adalah salah satu kempen yang ditunjangi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebuah organisasi yang diamanahkan untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Lantas Bulan Bahasa Kebangsaan adalah satu cara memaklumkan kepada seluruh warga negara bahawa kita perlu memelihara martabat bahasa kebangsaan sejajar dengan kedudukannya di dalam Perlembagaan Negara.

Setakat manakah keberkesanannya kempen yang menelan belanja bukan sedikit ini perlulah diperhatikan. Sejauh manakah rakyat menggunakan bahasa Melayu secara yang betul, tepat dan menyeluruh? Berkesankah penggunaan bahasa Melayu di dalam bidang pendidikan, ekonomi, siasah, kesenian, perundangan dan kehakiman, sains dan teknologi, dan lain-lain bidang kehidupan rakyat di negara ini? Adakah seluruh rakyat sudah menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya? Adakah jabatan dan agensi Kerajaan mematuhi perundangan yang memaktubkan penggunaan bahasa Melayu di dalam setiap urusan? Bagaimana pula penerimaan dan penggunaan di kalangan swasta dan korporat?

Pertanyaan itu mungkin akan bertali temali jika disusun atur satu persatu. Mungkin tidak berkesudahan. Namun, apa yang perlu diperhatikan ialah bagaimana bahasa Melayu itu digunakan pada masa kini. Betulkah cara penggunaannya atau perlu diperbaiki lagi?

Rakyat rasanya kerap terkeliru tentang bagaimana menggunakan bahasa Melayu yang betul, sesuai dengan tata bahasanya. Bagi rakyat yang mengikuti pengajian ilmu bahasa di pusat-pusat pengajian tinggi tentu tidak menghadapi banyak masalah, namun bilangan mereka tidaklah ramai. Selebihnya adalah sebilangan besar rakyat yang hanya menjadi pengikut tanpa faham dengan mendalam bagaimana penggunaan bahasa Melayu yang sebetulnya, termasuklah orang Melayu sendiri! Lalu, berlakulah berbagai tafsiran dan penggunaan bahasa Melayu di dalam masyarakat. Saya tiak merujuk kepada loghat daerah yang berbeza sebutannya di antara satu daerah dengan daerah yang lain.

Kecelaruan penggunaan bahasa Melayu yang betul tidak harus dipandang ringan. Ia memerlukan usaha bersungguh-sungguh untuk menanganinya supaya tidak menjadi wabak yang sukar dihapuskan. DBP perlulah memikirkan cara-cara lain yang lebih mudah untuk menghebahkan kepada rakyat bagaimana penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat supaya seluruh lapisan masyarakat tidak akan terkeliru selama-lamanya.

Seminar dan kursus tidak dapat sampai kepada seluruh masyarakat. Ia hanya terhad kepada sebilangan mereka sahaja. Para sarjana, pengkaji atau penulis mungkin berminat untuk berseminar dan berkursus mengenai bahasa. Bagaimana dengan ahli korporat, peniaga-peniaga kecil, pegawai bank, kaki tangan Kerajaan, jurujual, petugas-petugas badan bukan kerajaan serta para ibu bapa sekelian? Mereka itu tentu sekali tidak berminat atau tidak berkesempatan untuk menyertai seminar dan kursus sedemikian.

Apa salahnya jika DBP menyalurkan maklumat tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat melalui TV yang hampir 95% rakyat memilikinya di setiap rumah dan pejabat. Adakan satu rancangan khas 'Belajar Bahasa Kebangsaan' di setiap saluran TV (baik TV milik Kerajaan atau swasta) yang khusus memperbetulkan sebarang salah guna bahasa. Seorang munsyi perlu membuat pembetulan terhadap setiap kesalahan yang dilakukan. Siarkan petikan-petikan kesilapan penggunaan bahasa Melayu yang lazim berlaku dan diperbetulkan dengan secara jelas. Dengan cara itu, lebih ramai lagi rakyat yang akan dapat memahaminya. Cuma janganlah pula rancangan ini disiarkan pada waktu-waktu yang tidak munasabah, umpamanya selepas pukul 11.30 malam!

Media harus menyokong usaha ini. Rakyat perlu diberikan pendidikan berterusan. Bahasa Kebangsaan adalah bahasa kita. Jangan dirosakkan! Perpaduan tidak akan terhasil jika rakyat tidak mampu menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul dan tepat.
__________________________________________________
Bahasa cerminan bangsa
Bahasa jiwa bangsa
Bahasa membentuk ketamadunan bangsa

__________________________________________________

Sep 24, 2009

AL-FATEHAH BUAT DUA ORANG SAHABAT


SEPATUTNYA
saya menulis pada hari Jumaat 18 September tetapi oleh kerana terlalu kesuntukan masa, saya tulis pada hari ini.

Selepas solat Jumaat 18 September 2009 (28 Ramadhan 1430) saya diberitahu oleh isteri sebaik sahaja saya sampai di muka pintu. "Kita tangguhkan dulu perjalanan balik kampung. Kita kena pergi menziarahi jenazah sahabat baik abang".

"Siapa?".

"Yusof Ahmad", balas isteri saya. Saya amat terkejut kerana dua tiga hari sebelum itu saya teringat untuk menghubungi Yusuf bertanya khabar serta mahu mengucapkan selamat menyambut Idulfitri. Tetapi niat saya tidak kesampaian.

Kami lantas bergegas untuk ke rumahnya di Taman Nuri. Tiba-tiba telefon tangan saya berdering. Pantas saya menjawab walaupun nombor yang tertera bukan nombor yang tersimpan di dalam senarai kenalan saya. "Assalamu'alaikum. Saya Wan Nordin.....", suara di hujung talian kedengaran.

"Sasarah classmate you dulu kan? I dapat berita dia meninggal dunia sebentar tadi di Kuantan, Pahang". Sasarah (lelaki) adalah rakan sekelas saya semasa menuntut di ITM, Shah Alam (1975-1978) dahulu. Dia adalah class representative kami. Saya kehilangan dua orang sahabat dalam masa sehari pada waktu yang hampir sama.

Selepas itu saya menghidupkan enjin Kancil saya dan mula bergerak untuk ke rumah Yusof. Tetapi belum pun sempat sampai ke jalan utama, telefon saya berdering sekali lagi.

"Nadzir ni....", suara Nadzir kedengaran cemas. "Dah tahu belum tentang Yusof?". Nadzir seorang pegawai KEDA rakan sekerja Yusof. Saya mengenali Nadzir sejak 1988 semasa kami sama-sama menubuhkan Kelab Puisi Pinggiran.

"Laa....tak tahu ka? Bukan dia sorang, empat beranak!". Saya jadi gementar tiba-tiba dan terus memberhentikan kereta di tepi jalan. Air mata saya mengalir tanpa dapat disekat. Saya beristighfar panjang berulang kali. Sangkaan saya dan isteri hanya Yusof seorang yang meninggal rupanya tersasar. Sebenarnya Yusof meninggal bersama-sama isteri dan dua orang anaknya. Keretanya kemalangan di Lebuh raya Utara Selatan, tersepit dan terus terbakar. Mereka berempat tidak dapat diselamatkan. Mereka meninggal di tempat kejadian di dalam marak api yang membakar kereta mereka.

"Innalilla hi wa inna ilai hiro ji'un...". Hanya itu yang dapat saya ucapkan berulang kali. Saya sebak dan menangis tanpa rasa segan silu lagi. Saya amat sedih kerana tidak sempat berjumpa Allahyarham sebelum peristiwa malang itu berlaku. Saya tidak sempat bersalaman dengannya dan bermaaf-maafan sempena Ramadhan dan Syawal yang hanya dua hari sahaja lagi akan menjelma.

Ikut kata Nadzir jenazah masih di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Proses bedah siasat tentu akan memakan masa yang lama. Jenazah mereka akan dikebumikan di Kampung Malau, Jitra. Lantas saya mengambil keputusan untuk ke Kampung Malau, bertemu dengan mentuanya, ayah dan ibu Allahyarhamah Hasnah, isteri Yusof. Kami tiba lebih kurang 2.30 petang.

Semasa di dalam perjalanan, saya menghubungi seorang lagi sahabat karib saya semasa di ITM dahulu, Nordin Ahmad yang dalam perjalanan pulang bercuti sempena Idulfitri di kampungnya, di Bandar Baharu. Apabila saya beritahu Nordin berita sedih itu, suara Nordin tiba-tiba kedengaran sebak. Saya faham perasaan Nordin ketika itu. Kami memang akrab semasa menuntut di ITM dahulu. Allahyarham Yusof, Nordin dan saya pernah tinggal sebilik di asrama. Kami memang mengenali hati budi masing-masing sekian lama dan sering berhubungan mengeratkan silaturrahim.

Kemudian saya teringat seorang lagi rakan sekelas dahulu. Saya hubungi Nasir Kassim di Muar, Johor dan beritahu kejadian malang itu. Dia juga tersentak sejenak, kemudian suaranya menjadi sebak. Melalui perbualan itu baharulah saya tahu bahawa kemalangan itu berlaku awal pagi hari dan telah pun tersiar beritanya di dalam TV sejak pagi lagi. Saya tidak menonton TV dan itulah sebabnya saya tidak tahu berita malang itu.

Saya bertolak pulang ke kampung selepas solat asar. Sewaktu melintasi tempat kejadian ngeri itu, trailer yang bertembung dengan kereta Allahyarham Yusof masih tersadai di tepi lebuh raya. Kesan jelaga api jelas pada dinding kontena yang dibawanya. Cebisan arang berselerak di tempat itu. Saya jadi sedih semula dan lantas bertahlil ringkas khas untuk sahabat saya Allahyarham Haji Mohd Yusof bin Ahmad, isterinya Hajah Hasnah serta dua orang anaknya.

Kemudian sewaktu melintasi Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani hati saya sekali lagi sayu dan hiba. Jenazah mereka berempat masih ada di bilik bedah.

Malam itu barulah saya dapat menonton kejadian malang itu melalui berita di TV. Air mata saya mengalir sekali lagi tanpa dapat disekat-sekat. Hati saya teramat pilu.

Pada 18hb September 2009 saya kehilangan dua orang sahabat sekali gus. Kedua-dua mereka telah sampai detik ketika kembali mengadap Allah s.w.t. Hanya doa yang dapat dikirimkan semoga roh mereka di tempatkan bersama roh-roh orang yang beriman di sini Allah s.w.t
__________________________________________________

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati apabila tiba masanya. Tidak sesaatpun terlewat atau tercepat kerana semua itu sudah tertulis sejak azzali lagi".
__________________________________________________

Sep 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI


DUA hari lagi 1 Syawal akan menjelang. Bererti Ramadhan akan meninggalkan kita. Insya Allah kita akan sama-sama menyambut ketibaan Syawal, jika usia kita masih ada sehingga tibanya detik itu.

Seperti lazimnya, malah seperti sudah menjadi adat, setiap kali menjelang Syawal kita sering berkirim kad ucapan selamat menyambut Syawal. Berbagai bentuk, rupa dan warna kad yang dikirimkan kepada ayah bonda, sanak keluarga, sahabat handai dan kenalan semata-mata untuk melafazkan kata-kata "maaf zahir dan batin" suatu pernyataan yang mesti diucapkan setiap tahun.

Pada sebelum era kecanggihan teknologi maklumat, kita hanya berutus kad ucapan secara pos. Bagi mempastikan kad yang dikirim tiba ke tangan penerima tepat pada masanya, pengirim perlu mengirim kad tersebut lebih awal. Itupun ada kalanya kad diterima selepas sambutan Aidilfitri.

Tetapi pada masa ini dengan kecanggihan yang ada, ucapan selamat menyambut Aidilfitri itu dapat dikirimkan dengan begitu pantas sekali. Segalanya hanya di hujung jari sahaja. Sama ada dikirim melalui sistem pesanan ringkas (sms), atau multi media system (mms) atau melalui kiriman maya (emel) dan sebagainya. Malam tadi di tunjukkan di dalam TV bagaimana beberapa orang pelajar Malaysia di luar negara membuat ucapan selamat hari raya kepada keluarga mereka melalui perbualan telefon bergambar seperti Skype atau Yahoo. Alangkah mudahnya membuat ucapan di zaman serba canggih kini.

Entah bagaimana pula mudahnya nanti pada zaman-zaman akan datang apabila kecanggihan masa kini ditambah baikkan lagi. Jika kita berkesempatan hidup pada zaman itu dapatlah kita saksikan sendiri.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua kenalan dan pembaca blog saya yang tidak sepertinya ini. Saya mohon kemaafan daripada semua dengan doa dan harapan semoga hidup kita akan sentiasa dirahmati Allah s.w.t hendaknya.
_________________________________________
"Memohon maaf daripada orang lain adalah sifat mulia, tetapi memberi maaf kepada orang lain adalah lebih mulia"
_________________________________________


Sep 6, 2009

LIMA CARA UNTUK MERASA HEBAT

HARI ini saya terima lagi satu emel daripada seorang sahabat yang pernah memanjangkan email daripada rakannya. Sahabat ini jarang menulis sendiri apa yang ingin disampaikannya tetapi kerap memanjangkan emai-email yang diterimanya kepada saya.

Pada awal dahulu saya jarang memberi perhatian terhadap emel-emel yang diperpanjangkannya kepada saya. Tetapi apabila ada emel-emel yang agak menarik disebarkannya kepada saya, kini saya suka membaca emel-emel yang diperpanjangkan kepada saya oleh sahabat tersebut.

Hari ini saya mahu berkongsi emel di bawah ini dengan pembaca sekalian.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Five Ways to Feel Great

Studies prove that if you want to feel good, make someone feel better.

Here are five steps to make that happen.

1. Bake cookies for your neighbor.
We've heard this one a thousand times, but how much neighborly baking have you actually done? Me either. Make it a family activity: shop for ingredients with the kids, let them help you bake the goods, and visit your favorite neighbor together to make the delivery (without letting the others see). Your kids will love it and for a few dollars you'll feel like a million bucks.

2. Tape exact change to a vending machine for a stranger.
I read this idea online the other day and loved it. It's simple, cheap, and effective.

3. Bring a treat for your co-workers next week.
Who doesn't like to waltz into the office and see a heap of fattening...I mean delicious treats staring back at them? (You could always go healthy, too.) You'll be the hero of the office and turn just another day into a day to remember.

4. Save money for a major tip.
Starting today put aside your loose change in a tip jar. The tip isn't for you or that piano player in the corner, it's for the next waiter or waitress who does a good job. After you have a sizable sum, head out to dinner with the family and, when the moment is right, which is usually after eating, surprise your host with the day- making gift.

5. Tell someone they're doing a good job.
This one couldn't be easier. It takes just a few movements of the mouth, a few moments of speech. But it can make someone feel special for the rest of the day. I can still remember a wise old lady who, after bumping into me on a New York side street at midnight, commented on what a handsome man I was. Perhaps it was too dark, perhaps she was crazy, but I still remember it.

When you make others happy, you can't help but feel better yourself. And when you feel good, the motivation you need to do whatever you want is much easier to find.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Saya tidak pasti sejauh mana keberkesanannya ke atas diri anda. Tetapi jika ada dapat membuat orang lain gembira sudah pasti anda sendiri akan merasa lebih gembira.

Marilah di dalam bulan yang mulia ini kita berusaha menggembirakan orang lain semoga kita sendiri akan merasa lebih bahagia dari kebiasaannya.
________________________________________

"Tidak rugi jika anda berkongsi kegembiraan dengan orang lain kerana arus rasa gembira itu akan mengalir ke dalam diri anda dan membina rasa gembira yang jauh lebih besar dan hebat"
________________________________________

Sep 2, 2009

KELEBIHAN PUASA

RASULULLAH s.a.w bersabda yang maksudnya: "Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” Riwayat Ibnu Majah.

Pengajaran Hadis:

i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah
puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.

ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan
minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara
berikut iaitu:
a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju
kepada segala yang tercela.
b) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah,
caci maki dan menyinggung perasaan orang lain.
c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama
di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.
d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada
melakukan atau mengambil perkara yang haram.

iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan
dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan
(maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka.

Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.
(dipetik dari laman web JAKIM, www.islam.gov.my)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
HARI ini sudah dua belas hari kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kita sudah melepasi sepertiga awal Ramadhan yang dijanjikan keampunan (maghrifah) oleh Allah s.w.t dan akan memasuki sepertiga keduanya. Allah s.w.t menjanjikan Rahmat dan pada sepertiga akhir Ramadhan pula dijauhi api neraka untuk mereka yang berpuasa.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan di bulan yang lebih dari seribu bulan. Rebutlah peluang yang disediakan untuk kita untuk sama-sama mendapat keredaan dan keampunan Allah s.w.t

__________________________________________

"Tiada janji yang paling tepat dan akan ditepati melainkan janji Allah s.w.t"
__________________________________________

Aug 22, 2009

UCAPAN RAMADHAN 1430

HARI PERTAMA
Cuaca sejak awal pagi seakan mendung. Cahaya matahari tidak secerah biasa. Awan tidak banyak di langit, tetapi suasana seperti muram. Alia, cucu jiranku, yang berusia empat setengah tahun datang bertandang. Dia memang kerap bermanja-manja dengan kami sekeluarga. Kadang-kadang sepetang dia di rumah kami, bermain bersendirian. Kami pun tumpang gembira dengan kehadiran Alia yang petah dan keletah menyanyikan lagu kegemarannya, Wonder Pets sambil menghisap ais krim Malaysia.

Aku mencapai telefon bimbitku. Ada dua belas pesanan ringkas tersedia untuk kutatap dan kubaca. Aku menekan butang 'buka' dan membacanya satu persatu. Semua pesanan ringkas tersebut ialah ucapan sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

"Wishing u a blessed Puasa month. Tcr" - daripada Catherine (rakan lamaku dari Pulau Pinang)

"Armada Syaaban belayar pergi, bahtera Ramadhan berlabuh. Kuucapkan Ramadhan Al-Mubarak semoga hidup kita dirahmati Allah. Kelemahan diri diperbaiki semoga kehidupan kita bertambah mulia. Selamat Berpuasa Al-Mubarak dan salam mesra untuk seisi keluarga" - daripada Adk Zfe

"Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran, semoga kita dapat menyempurnakan ibadah puasa & moga bertakwa. Saya mohon maaf atas salah & silap, semoga dpt kita menjalani ibadah dengan penuh keikhlasan, diberkati dan dirahmai oleh Allah s.w.t" - daripada Jamaludin D (rakan penulis dari Sungai Petani)

"Salam Ramdhan, ia datang untuk membuka ruang kita menghayatinya & memperbaiki jasad dan jiwa. Bersama mengihya'nya dgn eratkan hubungan sesama insan, apa lagi kepada Allah" - daripada Dr Asri (rakan dan AJK PIBG)

"Pesan Imam Al-Ghazali, yang dekat itu MATI, yang jauh itu MASA, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang indah itu SOLAT, yg menyucikan rohani dan jasmani itu PUASA. Selamat berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh ketakwaan" - daripada Norizan Adik (adikku dari Melaka)

"Assalamu'alaikum (dalam abjad Jawi) marilah bersama memurni dan menggandakan ibadah sempena ramadhan al-mubarak. Moga kita semua beroleh keberkatan"- daripada Sy Mahadzir. (sahabat penulis dari Kuala Nerang, Tokoh Guru Kedah 2009)

"Wahai tetamu Ramadhan, untukmu rahmat & maghrifah, airmata taubat, dendangan tadarus, selimut tarawih & bantal tahajjud! Moga mewarisi jannah! Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak" - daripada 01928691xx (maafkan aku. aku masih tercari-cari siapa pengirimnya)

"Sudah berlabuh tirai syaaban, lambaian ramadhan tiba dinanti, luhur hati ikhlas amalan, semoga ibadah Allah berkati. Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak" - daripada fadzilly n family (rakan dan seorang artis)

"Selamat menyambut bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak" - daripada matzawawi jkkp p pinang (dah berpindah rupanya dia? patutlah lama sungguh tak contact ajak main golf)

"tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah puasa, tiada hari seindah jumaat, tiada bulan seindah ramadhan. Selamat menyambut kedatangan ramadhan dan selamat berpuasa" - daripada 01240569xx (maaf, aku masih mencari-cari siapakah pengirimnya. terima kasih diucapkan atas ingatan)

"Jika semua harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya. Jika seluruh umur adalah dosa, maka taqwa dan taubatlah ubatnya. Jika seluruh bulan adalah noda, ramadhanlah pemutihnya. Menjelang bulan suci tiba, mohon dibukakan pintu maaf atas segala kekhilafan. Selamat menjalankan ibadah puasa. Wassalam" - daripada ika

Tetapi ada satu pesanan ringkas yang menggeletek hati. Bacalah yang ini....

"carilah olehmu Lailatul Qadar di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan dan janganlah kamu mencari Laila Nasi Kandar di siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Selamat Berpuasa" - daripada hanna yee

Aku ucapkan jutaan terima kasih di atas pesanan ringkas daripada rakan-rakan. Semoga kita sama-sama menghayati Ramadhan tahun ini dengan penuh keikhlasan hanya kerana Allah s.w.t. dengan mengharapkan keampunan-Nya.

___________________________________________
"Puncak yang tertinggi di dalam hidup manusia ialah apabila mendapat keampunan daripada Allah s.w.t. Justeru, setiap manusia harus mendaki dengan tabah sehingga sampai ke puncak itu"
___________________________________________

Aug 21, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN

RAMADHAN datang lagi. Setiap tahun Ramadhan pasti akan muncul apabila tiba gilirannya. Tahun inipun tiada bezanya. Esok Ramadhan akan menjengah tiba.

Jiwa-jiwa yang sentiasa menanti ketibaan Ramadhan akan bersemarak riangnya. Kerinduan kepada Ramadhan pasti akan terubat. Bulan yang penuh rahmat, penuh berkat dan penuh janji Tuhan kepada hamba-hamba-Nya yang beribadat dengan penuh keikhlasan. Rendah diri serta mengharap tiada yang lain, melainkan rahmat Allah s.w.t

Rasa syahdu sudah menjalar menantikan detik pertama memasuki Ramadhan tahun ini. Kesyahduan yang tidak dapat diungkapkan dengan perkataan, melainkan dengan hati yang jujur dan ikhlas. Betapa sepanjang Ramadhan nanti akan terbuka berjuta ruang dan peluang untuk diisi dengan ibadat. Betapa akan tertutup setiap rongga dan lubang ingkar.

Beruntunglah jiwa-jiwa yang sentiasa mencari keredaan Allah sepanjang Ramadhan ini. Malanglah jiwa-jiwa yang keras dan enggan tunduk mengutip mutiara yang berselerakan.

Selamat datang Ramadhan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Ada satu berita di dalam akhbar kelmarin, seorang anak terkilan kerana ayahnya meninggal dunia seminggu sebelum tiba hari ulang tahun kelahirannya yang ke-72. Saya teringat kepada Ramadhan, cucu saudara saya yang kematian ayahnya seminggu yang lalu. Ramadhan kini sudah menjadi yatim lebih awal daripada ketibaan Ramadhan tahun ini.

Semoga roh ayah Ramadhan dicucuri Rahmat Allah sepanjang Ramadhan ini...
__________________________________________
"Kejayaan adalah dugaan, sama seperti kehidupan di dunia ini"
__________________________________________

Aug 11, 2009

THE UNDENIABLE FACTS OF LIFE

HARI ini satu lagi emel masuk ke dalam kotak pesanan saya. Saya buka dan baca sebentar tadi. Ada sesuatu yang mengusik perasaan saya. Saya mahu berkongsi dengan anda.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
It's so simple that it's often overlooked. And because most people don't realize how powerful this truth really is, most people don't know how to get what they want. Wouldn't you agree with that statement?

Out of the millions of people who wish for a better life, only a very, very small percentage actually get what they're after. And there's a reason: they overlook the basic truths of life and fail to use them to their advantage. I don't want you to make the same mistakes, so let this idea really sink in...We do what we do for a reason.

In other words, some kind of reason, whether good or bad, is at the root of everything we do. To the average person, this doesn't mean much, but you're not average. You'll soon be able to see just why this is such a powerful idea.

If you asked ten people on the street why they want to change or improve their lives, I have no doubt that you would get a whole lot of...'Huh? Um...I'm not really sure. I guess I never thought about it,' or...'Because it would make me happy'.

Sorry, but that just isn't good enough. I said we do what we do for a reason, but not just any reason. It has to be a good one, a powerful one. When you put a weak reason behind any goal, it's not going to happen. 'It will make me happy,' isn't strong or specific enough.It doesn't excite or inspire. Taking into account the way our mind works, this is never going to move you to action. And this is why so many people keep wishing for a better life instead of enjoying one. They don't have good enough reasons behind their goals.

So what's the answer?

Develop better reasons! It's that simple. If I told you that walking across the room would radically change and improve your life in an instant - and you truly believed it - I guarantee you would be moving your feet right now. Why? Because the reason moved you to action. It was powerful enough to make things happen. And that's what you need to do when it comes to your own ideas of a happier, more successful life.Think of yourself as a master storyteller. The better story you tell about what success will do for you, the faster it will happen. When you sell yourself on what you want, you'll effortlessly and automatically be driven to make it happen. And it all starts with a good reason.

So take some time right now to think of at least three great reasons why your goal is worth achieving. Make them specific, powerful, exciting, and inspiring. This little trick is just one simple way to get and stay motivated to live a better life, but I bet you'd be surprised to learn that mastering the entire method of motivation is just as easy. Believe it or not, motivation is actually a very simple mystery to solve. When you know what you're doing, it's possible to close your eyes, run through a few quick exercises, and immediately feel driven to act. Just imagine what you could accomplish if you knew how to quickly and easily get and stay motivated to anything, absolutely anything, you've ever wanted to be, do, or have.

I bet your goals and dreams are pretty exciting, so it would definitely be a life worth living. And you can live it, starting today. You can make it happen.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Membaca artikel pendek ini seakan terlalu mudah untuk kita lakukannya. Tetapi benarkah ia semudah itu? Kenapa tidak kita mencubanya bersama-sama dan lihat apakah yang akan berlaku seterusnya....
_______________________________________
"Mulakan langkah pertama dengan betul jika anda tidak mahu tersasar di tengah perjalanan"
____________________________________________

Aug 7, 2009

MENYIMPAN KATA DI SEBALIK DUKA



MENYIMPAN KATA DI SEBALIK DUKA

tiada lagi yang lebih bermakna
selain menyimpan kata di sebalik duka
biarlah diperam menjeruk sejuta rahsia
antara kita sudah terbentang jalan
pilihlah, penghujungnya pasti suatu titik jua.

kembaramu mencari aku di sini
terserpih dari kaca-kaca rindu, sekian lama
terselit pada awan malam yang sarat
mengusung air mata dan tangis dendam
seorang pencari yang belum pasti bertemu.

aku bernafas dalam lembut malam
dan kau berbisik antara kepuasan dan ketidakpastian
berselirat benang menyembunyi puncanya
jarum sudah tersedia, kain sudah terhampar
bilakah akan bermula jahitan itu?

jalin rasa pada kesongsangan waktu
sebuah lagu dengan lirik basah, nyanyikanlah
entah kenapa tiba-tiba sang biduanda
kehabisan suara kehilangan abjad
sepilah seluruh malam yang sunyi
kau mendakap album sayu dalam sendu
dan aku melakar potret seorang lelaki
berdiri antara rindu dan keliru.


Zaidin Abadi
Pinggiran Taman Bayu
7 Ogos 2009