Pages

Apr 26, 2008

NILAI DIRI

Walau siapapun kita, nilai diri perlu dijaga. Janggan sekali-kali menggadai nilai diri kita dengan harga yang terlalu murah. Nilai diri tidak ternilai harganya, kecuali apabila kita sudah tidak lagi mementingkan tentang nilai itu sendiri.

Setiap orang mesti menjaga nilai dirinya, mengawal dan memastikan ia sentiasa di tahap tertinggi. Sikap yang baik, rasa hormat kepada sesama manusia, adalah di antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan nilai diri. Sikap yang baik dan positif amat penting kerana itu akan mencerminkan keperibadian diri kita. Orang lain tidak akan menghormati kita jika kita tidak menghormati orang lain terlebih dahulu.

Namun, proses mencapai nilai diri tertinggi tidak semudah yang digambarkan. Ia memerlukan ketekunan dan kesungguhan. Latihan diri secara dalaman perlu diamalkan. Kekuatan rohani dan emosi harus digabungkan secara sistematik dan terarah. Pegangan agama menjadi tunjang gabungan itu.

Nilai diri adalah maruah yang tidak boleh dijual beli,

No comments:

Post a Comment