Pages

Apr 18, 2008

KENALILAH DIRI SENDIRI

Benarkah anda sudah mengenali diri anda sendiri? Ramai yang tidak dapat memberikan jawapan kepada persoalan ini. Di dalam beberapa program motivasi, saya sering bertanya kepada semua peserta, "adakah anda kenal diri anda sendiri?". Ramai yang menjawab, "ya". Tetapi apabila diajukan soalan-soalan lain yang berkaitan dengan diri, masing-masing akhirnya akur bahawa mereka masih belum kenal diri sendiri.

Kenalilah diri anda sendiri dengan sering bertanya soalan-soalan ini dan memberikan jawapan sejujur-jujurnya.

  • Adakah aku seorang yang jujur kepada diri sendiri?
  • Adakah aku seorang yang pemalu?
  • Adakah aku seorang yang pendiam?
  • Adakah aku seorang yang pemarah?
  • Adakah aku seorang yang sombong?
  • Adakah aku seorang yang sukar berubah sikap?
  • Adakah aku seorang yang gemar kepada gosip?
  • Adakah benar aku seorang yang inginkan kejayaan?
  • Adakah aku benar-benar seorang yang bertanggung jawab?
  • Adakah aku seorang yang cepat berpuas hati?
  • Adakah aku seorang yang ingin menjadi juara?

Bertanyalah kepada diri sendiri sekerap mungkin sehingga tiba suatu waktu nanti anda pasti akan menemui jawapan yang pada masa kini masih tersembunyi di belakang pintu hati anda.

"Barang siapa yang kenal dirinya, dia kenal Tuhannya" - mafhum Hadis Rasulullah s.a.w

2 comments:

  1. Aku ... adalah seorang yang masih mencari... Suatu pencarian yang belum ada noktah nya.
    Min.

    ReplyDelete
  2. Pencarian mesti diteruskan kerana pencarian tiada penghujungnya kecuali apabila sudah bertemu dengan apa yang dicari.

    ReplyDelete