Mengeluh kerana sesuatu kekurangan adalah sifat yang tidak elok. Jangan mengeluh atau kecewa dengan sebab kekurangan yang anda alami. Anda sepatutnya mengajar diri sentiasa bersyukur terhadap apa yang dimiliki.
1. Jangan mengeluh tentang makanan yang tidak sedap, kerana ada insan yang tidak
punya apa-apa untuk dimakan.
2. Jangan mengeluh tentang kemiskinan yang anda hadapi, kerana ada orang yang lebih daif
sedang meminta-minta,
3. Jangan mengeluh tentang kecilnya rumah anda, kerana ada orang yang tiada tempat untuk
berteduh,
4. Jangan bersedih kerana kesusahan hidup, tetapi bersyukurlah kerana anda masih hidup.
Keluhan tidak memberi sebarang makna, tidak memberi sebarang kekuatan kepada anda. Sepatutnya berusaha untuk tidak mengeluh tetapi hadapilah pahit manisnya hidup dengan bersyukur terhadap apa yang dianugerahkan Tuhan.
No comments:
Post a Comment