Pages

Apr 20, 2008

BERSIKAP POSITIF

Bersikap positif tidaklah semudah diucapkan. Di dalam kehidupan seharian, kita berhadapan dengan berbagai dugaan dan rintangan tanpa diduga. Kehilangan orang yang amat disayangi ketika kita amat memerlukannya, menghadapi masalah kewangan yang meruncing, perselisihan faham dengan rakan sekerja, dan berbagai masalah lain yang tanpa disedari boleh menjadikan kita bersikap negatif.

Membina sikap positif dapat dilakukan jika kita membebaskan minda daripada memikirkan perkara-perkara yang rumit dan remeh. Atau membebaskan minda daripada prasangka serta ingatan terhadap peristiwa hitam yang pernah dilalui. Kita harus melihat sesuatu perkara yang dihadapi dalam bentuk yang mudah, menggembirakan dan menyenangkan tanpa terlalu membebankan.

Pastikan kesimbangan keperluan rohani dan jasmani. Jika hanya menumpukan kepada satu perkara sahaja boleh menimbulkan ketegangan mental dan fizikal. Kata kuncinya ialah bersikap sederhana dalam sebarang tindakan.

No comments:

Post a Comment