PAGI ini saya kembali menulis setelah hampir setengah bulan tidak menulis di sini. Terasa janggal pula kerana tidak menulis di dalam blog sendiri sekian lama. Walau apa pun alasannya, biarlah saya sendiri yang tahu. Saya cuma berharap agar apa yang dipaparkan di sini dapat menjadi pedoman dan iktibar kepada sekalian yang membacanya.
Pagi ini saya menerima satu email daripada kenalan yang tidak saya kenali tetapi kerap mengirimkan email kepada saya. Setelah membuat beberapa kali penapisan, akhirnya saya memetik sebahagian daripada isi emailnya itu untuk dipaparkan di sini dengan harapan semoga menjadi pedoman yang berguna.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
The Most Important Things...And YOU Can Control Them
Think seriously about this...
Anxiety and fear strips away courage and makes great performances impossible.
Doubt makes even the best decisions feel difficult and causes procrastination.
Anger rips your focus away from your goals.
Frustration can only serve to make you quit.
Guilt makes it impossible to enjoy any successes you achieve.
Jealousy and envy create dishonesty, hate and corruption. Your thoughts and emotions are the only things that can truly stop you.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Saya meneliti dan membacanya berulang kali, cuba untuk mengaitkannya dengan diri saya sendiri. Semua yang tertulis di dalam email itu adalah penyakit hati yang ada pada diri kita. Saya, anda dan semua manusia. Rasa gusar dan takut tidak pernah terpisah daripada diri manusia. Begitu juga dengan rasa sangsi, amarah, kecewa, bersalah, cemburu dan hasat pasti ada di dalam diri setiap insan bernama manusia.
Persoalannya ialah apakah kita perlu ikut dan tunduk kepada semua perasaan itu? Saya berpendapat jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menghindarkan semua perasaan itu daripada menguasai pemikiran kita akhirnya kita akan terjebak di dalam satu situasi kehidupan yang amat rugi.
Justeru, marilah sama-sama kita hindarkan segala perasaan negatif itu daripada pemikiran, jiwa dan perasaan kita.
__________________________________________
"Jiwa yang tenang adalah jiwa yang sentiasa ingat dan tidak putus-putus mengharapkan petunjuk serta bimbingan daripada Allah s.w.t" __________________________________________
"Jiwa yang tenang adalah jiwa yang sentiasa ingat dan tidak putus-putus mengharapkan petunjuk serta bimbingan daripada Allah s.w.t" __________________________________________
No comments:
Post a Comment