SAYA ingin berkongsi suatu kisah masyarakat yang berlaku ke atas seorang kenalan lama saya yang pernah berjiran. Dia seorang duda kematian isteri hampir 2 tahun yang lalu. Saya namakan dia sebagai D.
D seorang pesara jabatan Kerajaan, berusia 60 tahun, masih tegap, walaupun pernah mengalami sakit teruk dan berada di ICU selama 44 hari. Sejak kematian isterinya, D tinggal di rumahnya seorang diri. Tetapi sejak enam bulan yang lalu anak ketiganya (lelaki) pulang tinggal bersama-samanya setelah rumah tangganya berkecai oleh kerana perceraian. Manakala empat orang anaknya yang sudah berumah tangga masing-masing tinggal di tempat berlainan.
D menjalani hidupnya seperti biasa, melakukan kerja rumah bersendirian. Membasuh, membersih rumah, memasak dan lain-lain kerja yang biasa dilakukan allahyarhamah isterinya dahulu. Setiap pagi dia akan pergi bersenam di satu kawasan riadah yang disediakan oleh Majlis Bandaraya untuk warganya. Di situlah D berkesempatan bertemu rakan-rakan lamanya sambil berbual-bual mengenang kembali nostalgia zaman bekerja dahulu.
Y pula adalah seorang balu (bukan janda) yang sudah kematian suami sejak lebih 3 tahun yang lalu. Allahyarham suami Y meninggal dunia akibat penyakit misteri yang tidak dapat diubati oleh para doktor. Y memelihara 3 orang anak yang masih bersekolah. Untuk menampung keperluan keluarganya, Y bekerja sebagai seorang tukang masak di sebuah restoran. Rumah Y dan rumah D tidak jauh, malah di dalam satu kawasan perumahan, hanya dipisahkan oleh beberapa blok rumah sahaja.
Ada beberapa orang duda di kawasan perumahan itu yang menaruh hati kepada Y, termasuklah D sendiri. Namun D tidak pernah menyuarakan perasaannya melainkan dipendamkan sahaja. Namun, pada suatu hari pecah cerita, D dan Y memadu cinta! Akibatnya anak-anak D menyerang Y bertalu-talu dengan pelbagai cemuhan dan amaran!
D teramat sedih kerana anak-anaknya sanggup bertindak melulu tanpa usul periksa terlebih dahulu. Semuanya hanya kerana fitnah semata-mata. Anak-anak perempuannya begitu lantang sekali memarahi Y malah bukan itu sahaja, mereka turut memarahi D yang dituduh sudah tidak sayang lagi kepada allahyarham ibu mereka. D menerangkan segala-galanya kepada anak-anaknya. Dia memang suka pada Y tetapi Y tidak pernah tahu perasaan hatinya selama ini. D sendiri tidak pernah meluahkan perasaannya kepada Y. D hairan bagaimana cerita dia bercinta dengan Y itu tersebar sehingga anak-anaknya dapat tahu? Bukan itu sahaja, yang peliknya ada cerita yang D selalu menghantar Y ke tempat kerjanya setiap pagi dia pergi bersenam. Malah ada juga cerita Y menghantar makanan ke rumah D.
Itulah fitnah namanya. Fitnah mengakibatkan banyak perkara buruk, pecah belah di dalam keluarga dan di kalangan masyarakat. Apa faedah yang diperolehi mereka-mereka yang suka menabur fitnah sebegitu? Puaskah hati mereka melihat D dan anak-anaknya bertegang leher dan bermasam muka? Anak-anak sudah tidak menghormati ayah mereka sehingga sanggup meninggikan suara terhadap orang yang banyak berjasa di dalam hidup mereka selama ini.
D dan Y adalah mangsa perbuatan manusia yang tidak beriman. Melempar fitnah demi untuk memuaskan nafsunya sahaja. Kepada D diharap akan sentiasa bersabar menghadapi dugaan itu. Begitu juga dengan Y. Biarlah Allah sahaja yang memberikan pembalasannya nanti.
____________________________________________
"Elakkan diri daripada menabur fitnah kerana perbuatan itu dimurkai Allah s.w.t.
____________________________________________
pada pendapat saya, anak-anak D itu boleh saya kategorikan sebagai generasi yang intelektual tetapi buta hati dan kurang ajar... sekalipun jika D ingin menjadikan Y isterinya, tiada apa yang salah kerana D perlukan seorang teman hidup... sanggupkah anak-anaknya menunaikan segala tanggungjawab yg boleh dilakukan oleh seorang isteri terhadap D? ini persoalan sekarang... anak-anak selalu melenting jika ibu atau bapa mereka ingin bernikah semula sedangkan mereka pun tiada masa untuk menjenguk bertanya khabar ibu bapa mereka...
ReplyDeleteBagi saya, D patut digalakkan bernikah dengan Y dan biarkan mereka menghabiskan sisa-sisa kehidupan yang masih ada dengan lebih bermakna... Biarlah seorang bapa berperanan seorang bapa, jangan sampai seorang anak menjadi lebih berkuasa dan boleh memerintah seorang bapa!
Ya, itulah yang seharusnya. Anak-anak D tidak boleh menghalang, malah harus menggalakakan D untuk berkahwin lain. Anak-anak D mungkin tidak faham perasaan ayah mereka. D perlukan 'teman' dalam hidupnya untuk menghabisi baki usianya. Mampukah anak-anak menemani dan membelainya sepertimana seorang isteri yang berbakti kepada suaminya?
ReplyDeletethanks for de blogger, k
ReplyDeleteanything yg happening tu, its qada and qadar and that's life, if not, tak thrill ler hidup d dunia niih kan
bye and take care.....carry on with the good work
sedih mendengar hal-hal begini. Semoga ada jalan keluar yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak
ReplyDelete