DUA hari lepas seseorang mengirim sms kepada saya. Pengirim ini tidak saya kenali kerana nombor telefonnya tiada di dalam simpanan saya. Setelah membaca sms tersebut, baharulah saya tahu dia mendapat nombor telefon saya daripada kawan sepejabatnya yang juga kawan lama saya. Di dalam smsnya itu dia meminta sesuatu daripada saya.
"Bolehkah saudara tulis skrip drama untuk sambutan hari kemerdekaan nanti?".
Lama juga saya termenung. Perkara pertama yang terbayang di fikiran saya ialah tema skrip itu nanti. Sudah pasti berkaitan dengan semangat patriotik, cintakan tanah air, makna perjuangan dan kemerdekaan. Sudah tentu jugalah cerita itu nanti berhubung kait dengan semangat patriotik di kalangan remaja.
Saya terus telefon pengirim sms tersebut. Jelas dan tepat dengan apa yang saya sangkakan. Dia adalah penerbit rancangan drama radio di stesen radio Kerajaan di utara tanah air. Dia minta saya tulis skrip berkenaan dengan perasaan seorang pejuang kemerdekaan yang kecewa dengan sikap remaja masa kini yang kurang semangat patriotiknya.
"Saya mahu saudara tulis tentang remaja yang tiada semangat patriotik. Remaja yang tidak mengendahkan sumbangan para pejuang kemerdekaan tanah air". Demikian ujar penerbit berkenaan.
Lama juga saya berfikir, benarkah remaja masa kini kurang semangat cintakan tanah air? Benarkah remaja zaman ini sudah melupakan sumbangan para pejuang kemerdekaan? Apakah remaja masa kini didedahkan dengan cerita-cerita para pejuang menentang penjajahan? Atau apakah remaja masa kini sudah tidak berminat dengan cerita-cerita mempertahankan maruah tanah air daripada dijajah?
Semua persoalan itu bermain di minda saya. Sehingga kini saya masih belum dapat memulakan penulisan skrip yang diminta itu.
Pada 21 Jun yang lalu, saya memberi ceramah kepada para peserta Kursus Kepimpinan Belia anjuran Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kota Setar. Saya diberikan tajuk Matlamat dan Hala tuju Belia di mana saya telah banyak menyentuh tentang bagaimana para belia harus mengenali diri mereka sendiri terlebih dahulu sebelum dapat menentukan matlamat dan hala tuju mereka.
Semangat patriotik atau kecintaan sepenuhnya kepada bangsa dan tanah air tidak mungkin akan tercipta jika para belia tidak mengenali siapa diri mereka sebenarnya. Mengenali diri bukan hanya sekadar tahu asal usul kejadian manusia, tetapi lebih daripada itu. Mereka harus mengenali agama, bangsa dan budaya sendiri. Belajar mencintai agama yang menjadi tonggak jati diri manusia. Juga belajar mencintai bangsa dan budaya.
Jika semua itu difahami dan dikenali secara mendalam, semangat patriotik akan timbul dengan sendirinya. Baharulah semangat untuk menegakkan keagungan agama, mempertahankan maruah bangsa dan kemerdekaan negara akan menjadi matlamat utama di dalam jiwa para belia. Tetapi bagaimana untuk menanam rasa ingin mengenali diri sendiri di jiwa remaja dan belia kita? Ini suatu cabaran yang memerlukan kesungguhan yang tinggi.
Sekolah, kolej dan IPT, merupakan tempat melahirkan para ilmuan dan pemimpin masa hadapan. Tetapi setakat manakah para pelajar itu disiram dengan semangat patriotik?