SECARA peribadi, saya dan isteri, ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada para doktor, jururawat, kakitangan dan pekerja di CCU (Coronary Care Unit) dan CRW (Coronary Recovery Ward), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah sepanjang saya menjalani pemeriksaan dan pemantauan akibat serangan jantung, mulai 11 - 15hb Jun, 2011 yang lalu.
Sepanjang tempoh tersebut saya menerima rawatan yang memuaskan di samping layanan yang amat mesra dan cukup profesional. Saya tidak menghadapi sebarang masalah semasa berada di CCU dan CRW hospital berkenaan. Malah saya merasa amat berpuas hati terhadap sikap serta tutur kata kesemua mereka yang terlibat memberikan rawatan dan penjagaan terhadap saya.
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para doktor, jururawat serta kakitangan di Unit Kecemasan (Rescue Team - Red Zone) yang bertugas semasa saya dibawa dengan ambulan pada jam lebih kurang 2.30 pagi 11hb Jun, 2011 sebelum dipindahkan ke CCU. Tindakan pantas serta sikap mesra mereka telah membuatkan isteri saya tidak merasa tertekan semasa menguruskan kemasukan saya ke hospital.
Dengan sikap yang ditunjukkan itu membuatkan sepanjang 5 hari saya berada di CCU dan CRW tidak langsung tertekan dan membebankan. Malah kakitangan yang menghantar makanan, kakitangan pencuci serta pengawal keselamatan telah menunjukkan sikap yang cukup mesra dan memuaskan. Saya amat berpuas hati dengan sikap mereka itu.
Saya menyangkal sama sekali segala pandangan dan pendapat yang mengatakan sikap dan layanan jururawat serta kakitangan hospital kerajaan tidak baik berbanding dengan hospital swasta. Melalui pengalaman yang saya lalui itu, saya mengatakan sikap dan layanan mereka jauh lebih baik dari yang dijangkakan. Syabas saya ucapkan kepada kesemua yang terlibat dan teruskan kecemerlangan itu sepanjang masa.

Assalamualaikum... semoga tuan yang budiman sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan dikekalkan kesihatan yang baik itu oleh Allah swt...insyaAllah...amin!!
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah kerana semua ujian Allah ini telah tuan dilalui dengan jayanya. Allah telah permudahkan urusan tersebut.
Doa kami "anak-anak buah" tuan ini semoga tuan terus dianugerahkan kesihatan yang baik dan berpanjang sentiasa... amin...
Mohon maaf kerana baru tahu perkhabaran ini melalui blog tuan pagi ni...tergerak hati nak buka blog tuan......