Pages

Sep 6, 2008

PERTARUNGAN BAHARU BERMULA

YA ini adalah satu pertarungan.

Kepada para pelajar Tingkatan 5 sekalian, sekarang ini Peperiksaan Percubaan SPM sedang berlangsung. Ia adalah permulaan sebuah pertarungan yang menduga kekuatan dan kecekapan para pelajar sebagai persediaan menghadapi pertarungan yang sebenarnya di dalam peperiksaan SPM sebenarnya nanti.

Sementelah pula sekarang ini di bulan Ramadhan, para pelajar menghadapi dua pertarungan serentak. Pertarungan melawan hawa nafsu kerana berpuasa dan pertarungan menjawab soalan peperiksaan percubaan. Walau apapun, saya mendoakan para pelajar sekalian boleh menempuh kedua-dua pertarungan itu dengan jayanya.

Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar Tahun 6 di sekolah kebangsaan akan terlebih dahulu memasuki gelanggang pertarungan mulai 9 September nanti, iaitu menghadapi UPSR. Pelajar-pelajar tahun inilah merupaka kelompok pertama yang akan menghadapi UPSR di dalam Bahasa Inggeris bagi subjek Matematik dan Sains. Didoakan semoga mereka akan dapat menjawab dengan baik dan berjaya dengan cemerlang.

Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR nanti, anda semua masih ada masa untuk mengulangkaji mata pelajaran. Jangan dipersia-siakan masa yang hanya tinggal hampir sebulan sahaja lagi ini. Inilah masa yang perlu dipergunakan sepenuhnya dan sebaik-baiknya. Tambahan pula dalam bulan Ramadhan, masa lebih banyak boleh dimanfaatkan.

Kepada semua pelajar yang terlibat, saya doakan semoga berjaya.

1 comment:

  1. abdulhalim 9/8/2008 2:31:28 PM
    Diperhatkan ada pertambahan pengkarya puisi di laman eSastera. Malangnya karya-karya yang masuk ke laman itu banyak sangat kelemahannya dan ada yang tidak bernilai sebagai karya kreatif yang berupaya menarik khalayak menikmatinya. Aku berpendapat puncanya tidak lain daripada kurangnya pengetahuan mereka yang hendak berkarya biarpun keinginan begitu bergejolak. Pada hemat aku elok di pasarkan buku ASAS PENULISAN PUISI (Jejak Kreatif, Alor Setar, 1999) kerana ia boleh membantu. Kalau stok dah habis elok diulangcetak. Salam.

    http://wira15.wordpress.com

    ReplyDelete